Sunday, 12 February 2012

Jom Gelak,,,hahahaha

                       Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. 
Dah lah tak hensem,  sombonglah pulak tu. haha   
Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. 
Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. 
Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, 
kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …
itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. 
Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. 
Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.  Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. 
        Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…
makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. 
Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya, 

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?” 

 Maka dengan selambanya budak tu berkata, 

 “Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) 
Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. 
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu. 
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” 
katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. 
Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… 
raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. 
Dengan selambanya raja berkata, 
 “Cubalah kalau boleh”. 
 Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. 
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. 
 Raja berasa pelik lalu bertanya! 
“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?” 

Dengan selambanya budak tu jawab, 
.
.
.
.
.
“Nak kena jentik lagi…??”

Saturday, 11 February 2012

Cinta Yang Tak Akan Perna Hilang...

Ku titip sebuah rindu Demi rasa syahdu Merungkai sebuah kasih Yang tulus bersih. 
Tanpa sedar Aku bertemu dengan kasih Lama telah ku nantikan Tanpa sedar Kasih itu hadir di hadapan mata Menanti pelukan khusyuk dariku. 
Maafkan aku Selama ini aku tuli Seketika ini aku buta Aku tak dapat melihat cinta Yang sentiasa di depan mataku. 
 Kini aku bersua Dengan cinta sebenar Yang tak akan pergi Dari anjung hati. 
Kini aku bertemu DIA yang sejati Kasih yang hakiki Takkan aku tinggalkan lagi Demi sebuah dunia. 
Ku pohon Kekalkanlah cinta ini Cinta hanya buat-Mu Ya Allah Ya Rabbi.

Monday, 30 January 2012

Do'a untuk kita semua,,,

Assalamualaikum wrt,,wrb,, 


hai semua teman-teman,,,
semoga ini semua menjadi do'a kalian juga.  
Wahai Allah, Wahai Zat yang maha Agung kemuliaannya,,,dan sentiasa memiliki ketinggian,, 
Wahai penguasa Qazanah yang tiada akan kehabisan dan penciptah Aras mu yang agung,, Wahai yang memiliki sifat yang sempurna,dan yang menunaikan segala permintaan,jika kau mengkehendaki,maka dengan sekelip mata pun kau boleh mendatangkan Taufan,yang mana lautan pun malu melihatnya,dan jika kau mengkehendaki seluru mahluk ini kau boleh tempatkan ke dalam tempat yang sebesar Zarah dengan dengan ucapan KUN,,
Sesuatu yang tiada dikau boleh wujudkan,bagimu tiada suatu pun pekerjaan yang sukar Ya Allah,, Wahai Allah,bersihkan dan hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami, dengan kesempurnaan,keampunanmu dan lautan kemaafanmu Ya Allah,, Kurniakanlah kepada kami dengan pakaian Zuhud dan Taqwah menghidmati mahluk,dan menuruti Sunnah,dengan bersih dan nyata,Jadikanlah maksud kehidupan kami,untuk meninggikan dan mengharumkan agama MUHAMMAD SAW, Jadikanlah kami sebagai mentari ilmu, dan kau jadikanlah amalan-amalan dan kebaikan kami,
sempurna yakni menjadi sumber Hidaya kepada kami,dan orang-orang yang bertaqwah juga akan memilih jalan amalan soleh,demi sinar kecemerlangannya dan jadikanlah kami seumpama mata air yang mengairi taman ISLAM di musim gugur sehingga kehari kiamat,, Wahai Tuhan semesta alam,daun kehidupan yang sesingkat ini,ambillah kerja-kerja dari kami,
perkara yang perlu di kerjakan disini,dan peliharakanlah kami Ya Allah dari perkara-perkara yang tidak perlu di kerjakan disini,, Bagi hari-hari dalam kehidupan kami,yang mana kami telah laluinya dengan lalai dan leka,jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya wahai Allah, kurniakanlah kami dengan kecintaan terhadap iman,dan hiaskanlah ia didalam hati kami terhadap kekufuran Ya Allah,terhadap dosa dan terhadap durhaka,dan jadikanlah kami orang-orang yang memperolehi Hidaya,dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah,supaya ketika kami mati dan dalam kubur dan di hari kiamat nanti,kami bersuka cita dan gembira,dan jannatul Firdaus menjadi tempat kami Ya Allah,, 

Wahai Allah jadikan lah kami sebagai gunung ilmu dan amal, yang mana dihadapan Taufan kekufuran dan kesyirikan pun,tidak akan dapat meruntuhkan nya,
Dan ianya menjadi pukulan bagi menghapuskan segala bida'a Ya Allah,dan ambillah dari kami sebarang Khidmat untuk membantu agama MUHAMMAD Arobbih SAW, yang akan menjadi shodaka yang berterusan ,dan menjadi sumber keselamatan dihari kiamat Ya Allah,, 
Wahai Allah aku bukanlah ahli Jannatul Firdaus mu,dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakamu ya Allah,,maka berikanlah daku Taufiq untuk bertaubat,dan ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah,, 
 Ampukanlah ya Allah,,
Ampunkalah ya Allah,,
Ampunkanlah ya Allah..
kerana sesungguhnya dikau maha pengampun dosa-dosa Besar 
YA ALLAH,,,
YA ALLAH,,,
YA ALLAH....