Monday 30 January 2012

Do'a untuk kita semua,,,

Assalamualaikum wrt,,wrb,, 


hai semua teman-teman,,,
semoga ini semua menjadi do'a kalian juga.  
Wahai Allah, Wahai Zat yang maha Agung kemuliaannya,,,dan sentiasa memiliki ketinggian,, 
Wahai penguasa Qazanah yang tiada akan kehabisan dan penciptah Aras mu yang agung,, Wahai yang memiliki sifat yang sempurna,dan yang menunaikan segala permintaan,jika kau mengkehendaki,maka dengan sekelip mata pun kau boleh mendatangkan Taufan,yang mana lautan pun malu melihatnya,dan jika kau mengkehendaki seluru mahluk ini kau boleh tempatkan ke dalam tempat yang sebesar Zarah dengan dengan ucapan KUN,,
Sesuatu yang tiada dikau boleh wujudkan,bagimu tiada suatu pun pekerjaan yang sukar Ya Allah,, Wahai Allah,bersihkan dan hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami, dengan kesempurnaan,keampunanmu dan lautan kemaafanmu Ya Allah,, Kurniakanlah kepada kami dengan pakaian Zuhud dan Taqwah menghidmati mahluk,dan menuruti Sunnah,dengan bersih dan nyata,Jadikanlah maksud kehidupan kami,untuk meninggikan dan mengharumkan agama MUHAMMAD SAW, Jadikanlah kami sebagai mentari ilmu, dan kau jadikanlah amalan-amalan dan kebaikan kami,
sempurna yakni menjadi sumber Hidaya kepada kami,dan orang-orang yang bertaqwah juga akan memilih jalan amalan soleh,demi sinar kecemerlangannya dan jadikanlah kami seumpama mata air yang mengairi taman ISLAM di musim gugur sehingga kehari kiamat,, Wahai Tuhan semesta alam,daun kehidupan yang sesingkat ini,ambillah kerja-kerja dari kami,
perkara yang perlu di kerjakan disini,dan peliharakanlah kami Ya Allah dari perkara-perkara yang tidak perlu di kerjakan disini,, Bagi hari-hari dalam kehidupan kami,yang mana kami telah laluinya dengan lalai dan leka,jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya wahai Allah, kurniakanlah kami dengan kecintaan terhadap iman,dan hiaskanlah ia didalam hati kami terhadap kekufuran Ya Allah,terhadap dosa dan terhadap durhaka,dan jadikanlah kami orang-orang yang memperolehi Hidaya,dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah,supaya ketika kami mati dan dalam kubur dan di hari kiamat nanti,kami bersuka cita dan gembira,dan jannatul Firdaus menjadi tempat kami Ya Allah,, 

Wahai Allah jadikan lah kami sebagai gunung ilmu dan amal, yang mana dihadapan Taufan kekufuran dan kesyirikan pun,tidak akan dapat meruntuhkan nya,
Dan ianya menjadi pukulan bagi menghapuskan segala bida'a Ya Allah,dan ambillah dari kami sebarang Khidmat untuk membantu agama MUHAMMAD Arobbih SAW, yang akan menjadi shodaka yang berterusan ,dan menjadi sumber keselamatan dihari kiamat Ya Allah,, 
Wahai Allah aku bukanlah ahli Jannatul Firdaus mu,dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakamu ya Allah,,maka berikanlah daku Taufiq untuk bertaubat,dan ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah,, 
 Ampukanlah ya Allah,,
Ampunkalah ya Allah,,
Ampunkanlah ya Allah..
kerana sesungguhnya dikau maha pengampun dosa-dosa Besar 
YA ALLAH,,,
YA ALLAH,,,
YA ALLAH....