Saturday, 11 February 2012

Cinta Yang Tak Akan Perna Hilang...

Ku titip sebuah rindu Demi rasa syahdu Merungkai sebuah kasih Yang tulus bersih. 
Tanpa sedar Aku bertemu dengan kasih Lama telah ku nantikan Tanpa sedar Kasih itu hadir di hadapan mata Menanti pelukan khusyuk dariku. 
Maafkan aku Selama ini aku tuli Seketika ini aku buta Aku tak dapat melihat cinta Yang sentiasa di depan mataku. 
 Kini aku bersua Dengan cinta sebenar Yang tak akan pergi Dari anjung hati. 
Kini aku bertemu DIA yang sejati Kasih yang hakiki Takkan aku tinggalkan lagi Demi sebuah dunia. 
Ku pohon Kekalkanlah cinta ini Cinta hanya buat-Mu Ya Allah Ya Rabbi.

1 comments:

  1. I LOVE ALLAH TOO...

    nice ") nice ") like :) like :)

    ReplyDelete