Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan
namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan
damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu
hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan
dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja
negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan
penduduk-penduduk di negara tu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan
oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh
ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja
hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di
situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian
raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan
barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah
hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin
membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa
lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan,
rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan
bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan
menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan
dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula
menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari,
jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari,
gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir,
hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas
hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala
kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan
tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke
langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu
dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan
kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing
menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan
Raja
amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu
mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan
jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan
pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan,
sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya
soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma
yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang
diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana
sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "
"Hamba
tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing
memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,
maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam
jari, sebab rukun iman ada enam. "
"Bulatan pula bermakna siapa
yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab
Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke
langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke
bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "
"Ayam
tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu?
Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan
akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum
gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya
gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran
yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing
tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...
"
Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong
tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba
menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi
dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.
Kemudian
dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi
enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua
kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan
pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk
pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia
tunjuk ayam pulak!
Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu
makan ayam... Hamba pun ampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik
tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam,
sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Followers
Thank's So much,,
Cuteki free cards
About Me
Archive
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Configure your calendar archive widget - Edit archive widget - Flat List - Newest first - Choose any Month/Year Format
Thursday, 12 July 2012
Sabarlah Cinta,,,,
Published :
19:14
Author :
baharuddin_boyz
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan
yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk
perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang
baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang
dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia
(syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat
kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan
jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha
Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah
pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.(Surah an-Nur, ayat 26)
"Mereka itu
semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga
disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan
dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya
Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan)
disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang
berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
Per'edaran Semasa,,Masya-Allah....
Published :
18:26
Author :
baharuddin_boyz
BERTUDUNG TAPI... |
Kalau beginilah fesyen yang dipakai oleh kaum wanita Islam, ini bermakna benarlah kenyataan yang mengatakan mereka dilarang memakai bra tersebut. Lihat saja, Gambar diatas, bertudung tetapi berpakaian ketat sehingga menampakkan aurat di dalam.
Apakah ini cara berpakaian yang dipakai oleh wanita-wanita Islam kita pada hari ini? Di sini..penulis perturunkan kaedah pemakaian yang bertepatan dengan hukum Islam...
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Ambillah iktibar dari peristiwa ini, dan mungkin banyak lagi kes sedemikian yang tidak tersebar kepada umum. Sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan amalam "Menzalimi Diri sendiri" walaupun telah di beri peringatan.
Apakah ini cara berpakaian yang dipakai oleh wanita-wanita Islam kita pada hari ini? Di sini..penulis perturunkan kaedah pemakaian yang bertepatan dengan hukum Islam...
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Ambillah iktibar dari peristiwa ini, dan mungkin banyak lagi kes sedemikian yang tidak tersebar kepada umum. Sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan amalam "Menzalimi Diri sendiri" walaupun telah di beri peringatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cuteki kawaii
Count Your Day
Cuteki greeting ecards